ϟLUMIERE.




Kerana FB lah
Wednesday, August 24, 2011 | 5:44 AM | 0 Students

kerana FB lah..


selamat pagi dan salam sejahtera. kalian percaya apa yang aku akan cakap bi bawah ini? sesetengah orang tidak akan mengiakan dan ada sesetengah akan mengiakan pendapat aku ini. bukan memburukkan sesiapa cuma nak memberi sedikit pendapat.

sekarang pelbagai laman sosial telah di wujudkan. setahu aku.
- myspace
- friendster
- facebook
- twitter
- skype
- tagged, etc.

sekarang facebook masih hangat diperkatakan. betol tak? segala macam dipostkan di wall. kan?^_^ tidak salah itu semua. tetapi :

- Kerana facebook lah dari kawan baek bertukar musuh
yela bila tidak puas hati, post di wall cakap macam-macam pada kawan baek itu. kekadang perli memerli. kalau kawan itu baca, tidak ke menjadi masalah. kekadang bercakap macam-macam pasal kawan. kan? hati orang kenalah jaga sikit. hormat kawan-kawan. bukan mengata kawan di belakang. kekadang kita post tentang laen, kawan baek kita terasa sampai tidak bertegur sapa seminggu dua. itu sudah menjadi lumrah FB. hihihi jadi alternatifnya, kurangkan semua ini. =.=

- Kerana facebook lah couple boleh gaduh sebab cemburu
yela. add perempuan/lelaki sampai berderet-deret. ucapan manis lebih-lebih. padahal awek/pakwe post di wall hampir setiap jam langsung tidak di jengahnya. kan? bila dah jadi macam itu, mula la jadi hal curang, skandal, pakwe boring, awek boring. macam-macam la alasan untuk lepaskan diri. hahaha ehhh macam ada pengalaman saja syieda ni. ehhh ehhh bukan la. dari pandangan syieda la.

- Kerana facebook lah rumah tangga pincang, menjual maruah
maaf kalau lia terkasar bahasa. setiap kali bergaduh post di wall. beritahu sekalian alam apa keburukan/kebaikkan si suami. tidak baek bercerita tentang rumah tangga kepada orang laen. walaupun pada mak mertua (kata mak syieda la). itu seperti menjual maruah isteri/suami sendiri. baek buruk isteri/suami biarlah diri sendiri dan tuan empunya badan yang tahu. contohlah. post di wall suami suka makan nasi tomato, air sirap, suka itu ini. buatnya admire suami baca. bla..bla..bla.. menyesal tak?

- Kerana facebook lah hidup boleh diperbodohkan
post macam-macam. sai hal suami isteri pun nak post. perkara yang memalukan diri sendiri pun post. mesti lah orang laen yang baca ketawakan diri kita. kalau post "kunon nak makan bersuap dengan suami, tetapi suami tergigit bibir. berdarah" kalau yang membacanya macam mana kalian pikir. hukhuk. contoh sahaja. 

- Kerana facebook lah kawan lupa kawan
betol tu. mula-mula nak buat FB cakap nak cari kawan-kawan sekolah. nak kekalkan hubungan persaudaraan. tetapi pabila dah sebulan berFB, kawan still add tapi langsung tidak bertanya khabar. motif selepas ada FB adalah mendapat ramai kawan. kan?

- Kerana facebook lah kita boleh perbodohkan orang dan orang laen termasuk kawan sendiri
betol x?^_^ kenakan kawan-kawan sudah menjadi lumrah, malah makin seronok. mana tidaknya, tag gambar kawan tengah tido dengan air liur meleleh. kecian kawan. walaupun di luar nampak kawan seronok. tetapi dalam hati mesti ada sedikit rasa sedih, malu. 

- Kerana facebook lah kita menipu diri sendiri
mana tidak tipunya. nak post di wall sesetengah orang post cerita laen dari cerita asal. di edit-edit. gambar mekap-mekap tebal, edit lagi segala bagai untuk nampak cantek. untuk dipuji oleh orang yang melihat gambar kita. kan? lia rasa di FB tidak perlulah letak gambar banyak-banyak sebab sekarang macam-macam perkara boleh terjadi. kan?^_^ kalau salah harap maaf.

- Kerana facebook lah diri sendiri tertipu
macam lia cakap di atas. mekap tebal, edit kaci cantek. (kalau nak edit boleh saja, ini pandangan  lia sahaja) sang lelaki terpandang terpegun. couple, dan bila bertemu indah khabar dari rupa. mulalah sang lelaki/perempuan nak melarikan diri. susah nak mencari pasangan yang menerima diri sindiri seadanya. bukan tidak ada. tpai segelintir. kekadang ada. bila tengok orang laen ada pasangan lagi cantek. mula nak bandingkan diri sendiri. kecian. yang menjadi mangsa pasangan kita sendiri. @_@

- Kerana facebook lah wujud sedara mara angkat
hihihi adik angkat. nenek, tok wan semua ada. yang jeles nya ciap anak sama usia ngan ayah. macam-macam kan? kat cini jugakkan ada adik angkat, akak angkat, abang angkat, ayah dan mak angkat, semua sampai terangkat-angkat la. 




- Kerana facebook lah kita tidak tidur mahupun makan
lia sendiri pernah terjadi.  online dari 12tgh hari hingga 3 pagi. lepas itu nak membayar . 
kembali ke topik utama. tambah-tambah apabila terjumpa orang yang mampu buat kita tersenyum. sanggup mengadap laptop berjam-jam tanpa bergerak. di tambah online dalam gelap. hihi seronok memang seronok. tetapi kesan pada diri sendiri la. sekarang tiada siapa hendak online dengan lia lameII . huuu ~ ^^

- Kerana facebook lah kita lupa asal usul
ini tidak semua. tetapi sesetengah orang. bila ramai dan sudah pupolar. mulalah lupa asal usul kawan yang compang camping ini menegur disambut dingin sahaja. tetapi apabila kawan dari golongan kaya, artis ke, disambut bak orang kenamaan. kacian pada kawan yang sorang tu. tidak sekadar popular. tapi orang sudah cantek pun kekadang lupa diri. dulu skema. sekarang dah cantek. mana pandang kawan-kawan yang ala kadar. kan? ^_^

- dan Kerana facebook lah kita tinggal solat 
kalau dah makan minum sudah lupa. mesti ini pun terlupa jugak kan? tak nak komen apa-apa. 


kesimpulan
walau apa pun yang kita buat. beringatlah pada orang sekeliling, apa perasaan mereka. jaga adap, terjamin kehidupan. jaga hati, insyaAllah di berkati. jaga pandangan, jauh dari kemungkaran. jangan sakiti orang sekeliling hanya kerana MUKA BUKU yang tidak kita ketahui asal-usul serta tujuan dia.

ok salam sejahtera




Older Post Newer Post